Assalamualaikum dan selamat datang ke family ehas...semoga hari ini lebih baik dari semalam...Myspace Scrolling Text Creator

di balik tabir program realiti





program realiti iq genius smk jugra lagi





program realiti iq genius smk jugra

A





ssalamualaikum kpd semua...
Sungguh gembira kali ini ahli persatuan matematik memberikan komitmen yg baik.
Program realiti terdiri dari 10 peserta tingkatan 5. Pertandingan diadakan pd hari Rabu jam 7.20 pg di pentas perhimpunan. Minggu pertama dua orang peserta telah disingkirkan...

hari ini hari bowling...

percutian yg tidak dirancang tetapi bolehla...
bermain air dan berenang di kelab golf bukit beruntung..kemudian main bowling di kelab tersebut..best2..Alhamdulillah..

keistimewaan malam Lailatul Qadar

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
  • Menghayati malam tersebut dengan ibadah
  • Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
  • Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
  • Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

Anugerah dari Allah

syukur Alhamdulillah...
pada 15 Julai 2011 hari Jumaat jam 7.15 pagi ..ku telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.65kg di hospital Banting..
ini adalah babby boy yg dinantikan kami sekeluarga  setelah ketiga2 ank sblm ni ialah perempuan..Alhamdulillah
bayi dinamakan Ahmad Kazim...comel dan tembam juga seperti kakak2nya sblm ni....smg ank2ku mjdi ank yg taat..thank my huby

menanti kehadiran baby ke-4


kata suami..kita mestilah sentiasa bermunajat kepada Allah...lg di waktu dugaan melahirkan anak..amalan doa dan sentiasa mengharapkan bantuan dr Allah agar dipermudahkan urusan ketika mengandung dan melahirkan..juga slps melahirkan...perasaan takut tetap ada walaupun ini anak ke4..malah lebih takut lg dr perasaan sblm ni..Ya Allah ..permudahkanlah..ku terima dan redha atas apa juga dugan yg Kau berikan...
dalam perasaan yg bercampur...kertas ppt murid pon belum siap ditanda..untuk memulakan mmg agk pyh..tp bl da mula tanda paper..insyaAllah diteruskan sampai siap...Ya Allah...tenangkanlah hatiku..tenteramkan jiwaku..lapangkanlah dadaku...dan terimalah taubatku....amin

MENCARI KETENANGAN HATI…

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
  • Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.

bagaimana tips untuk kuasai bahasa inggeris

Belajar dengan cepat ialah belajar dengan menggunakan teknik dan panduan dan betul. 7 Petua ini ialah teknik dan panduan. Jika anda lakukan betul-betul, jangan terkejut jika anda boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dalam masa kurang 6 Englishbulan. 7 petua ini untuk anda:
  • Petua 1 – Kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda.
  • Petua 2 – Kuasai perbendaharaan kata.
  • Petua 3 – Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris.
  • Petua 4 – Fikir dalam Bahasa Inggeris.
  • Petua 5 – Tulis diari dalam Bahasa Inggeris.
  • Petua 6 – Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa Inggeris.
  • Petua 7 – Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian.
rujukan
http://www.motivasibelajar.com/category/bahasa-inggeris

Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya